Harap blog saya masih belum bersawang la. Korang baca tak posting-posting saya sebelum nim? Kalau rajin, boleh la baca semua entries. Terima kasih sebab support. Well, kali ini punya entry lain dari lain. Kite lupakan sebentar produk reviews sebab kali ini saya nak ceritakan pengalaman masuk keTaman Negara Endau Rompin anjuran Tourism Malaysia Wilayah Selatan (TMWS). Terima kasih ketua projek, Yana sebab sudi jemput influencer suam-suam kuku macam saya. erh. ahahahahahaha
Ini bukan jemputan la, ini adalah tuntutan kerja, saya sebenarnya staff Tourism Malaysia Wilayah Selatan, saja claim sebagai influencer..hahahaha..oklah jomlah kita mulakan pengembaraan kita di Taman Negara.
Hari Pertama
Berkumpul seawal pukul 7 pagi tapi bagi peserta lain la. Aku nim pukul 6.15 dah terpacak kat ofis untuk angkat-angkat barang dari ofis kat menara JLAND tuh ke tingkat bawah. Punggah punya punggah dah pukul 7 pagi. Korang tahu aku punggah barang dengan siapa? Dengan boss aku. haaaa. Mana nak cari boss yang ringan tulang macam tuh. Ok done kipas.
Bukan main lentik posing
Banyak barang-barang yang dipunggah masuk kenderaan 4X4. Semua barang-barang masak ini untuk camping 3 hari 2 malam kat sana. Jangan bimbang ye, trip ini trip to heaven sebab makanan tak pernah putus, ok. Kenderaan 4X4 ini bergerak dari pejabat terus ke Pejabat Taman Negara Johor-Kahang. Tapi bukan aku la yang naik. Kita suruh tukang masak yang ditempah khas dari TMWS yang naik Kak Su dan Hafiz. Dah siap punggah barang, kami dan peserta lain pun menaiki bas ke Pejabat Taman Negara Johor-Kahang.
Pejabat Taman Negara Johor-Kahang
Muka serius tengah cari peserta nak agihkan bag untuk hiking
Kak Su, Hafiz, me and Yana
Bekalan untuk hiking
Terima kasih kepada Emazol Kitchen sebab sudi untuk menaja program TMWS. Untuk buat tempahan korang boleh klik kat emazolskitchen.
Ok, once kesemua peserta sampai kami pun diagihkan kepada beberapa kumpulan untuk menaiki 4X4 dari Pejabat Taman Negara Johor-Kahang ke Nature Education & Research Centre (NERC). Perjalanan mengambil masa selama 2 jam.
Melalui jalan yang tak berturap
Bersusun 4X4
Ini je aku sempat snap sebab sepanjang perjalanan aku duk bercakap
Seronok weh naik 4X4 nim kat jalan yang tak rata. Habis bergoyang badan saya. Sekejap ke kiri sekejap kat tengah, sekejap ke kanan sambil nak mengumpat lagi. Banyak benda la nak cakap dalam kenderaan.
Di tengah perjalanan ke NERC, kesemua kenderaan akan berhenti di jambatan untuk mengambil gambar. Kat sini memang port untuk bergambar. Tapi aku lupa nak ambik scenery so korang hadap jelah gambar aku posing
Victoria Secret punya model versi muslimah
Me with 4X4
Geng Dapur Buaya Sangkut
Perjalanan diteruskan dan stop seterusnya di pintu masuk NERC
Posing dimana-mana
Dah sampai NERC, kita punggah barang keluar dari 4X4 dan bersiap untuk makan tengahari sebelum menaiki bot panjang ke Kuala Jasin. Kami menumpang makan di kafe NERC.
Influencers Khairul Amin dan Sufian Ghaffar (klik kat link,jangan lupa untuk follow) bersama produk minuman tajaan oleh haos.ek
Menu makan tengahari (me first time makan nasi ambeng, sedap ghupanya)
Selesai makan tengahari dan siap jamak dan qasar solat, jomlah kite menuruni tangga ke jeti untuk menaiki bot panjang ke Kuala Jasin.
Muka excited naik bot
Jangan nak buat jakun sangatlah padahal dulu masa kecik-kecik biasa je naik bot penambang dari Pulau Duyong ke bandar Kuala Terengganu. Berlakon je lebih. hahahaha.
Once dah sampai Kuala Jasin nak kena trekking pulak ke Kuala Merong. Penat lahai dengan bag lagi, backpack yang berat lagi. Nasib baik bahu masih lagi utuh, kalau tak dah bongkok 7 dah duk carry backpack berat-berat.
menyelusuri sungai dan berpaut pada tali yang rapuh, gittew
sempat pose walaupun separuh basah
muka ada senyum sebab ada camera
Penatlah trekking 1 jam kot tapi akhirnya kami sampai di Kuala Marong, iaitu tempat perkhemahan kami. Alhamdulillah camp tent dah siap pasang. Me sebagai ajk, mengagih-agihkan peserta untuk setiap tent.
camp tent di Kuala Marong
Lepas dah sampai, unpack barang kami terus proceed ke Air Terjun Upeh Guling. Perjalanan memakan masa dalam 15 minit sahaja dengan jaraknya 500 meter. Tapi make sure la pakai stoking sebab korang mungkin akan dihantui oleh lembaga kecil yang melekat dan menghisap darah anda. Apakah? Pacatla woiiii
Faezah, boss and me
Pari-pari hutan bersama atok kebayan
picture perfect
Inilah kegembiraan sementara saya sebelum digigit pacat. Hampir menagis aku kegelian. Saya masuk je hutan tapi jarang la nak kena gigit pacat. Kali ini punya pengalaman merupakan pengalaman kedua kena gigit pacat. Sebelum ini sebab masuk dusun, itu pon 2009, lepas tuh dah tak masuk dusun yang masuk pun hutan untuk hiking.
Beraninya pacat hisap darah aku, kat betis pulak tuh
Head chef Yana sedang gigih membakar
Part saya grillkan kambing dengan sosej. Tapi itulah, tak ada pulak gambarnya. Almaklumlah sibuk menjalankan tugas, sampai lupa nak bergambar. Dah la makanan pun tak sempat nak ambik gambar tapi sebenarnya bukan tak sempat tapi MALAS. Ini pun gambar belas ihsan orang lain. Terima kasih la ye. Malas la nak kredit sebab blog saya nim blog sendu. Tapi yang penting, habis wehh makanan. Saya selaku geng dapur TMWS sangat gembira melihat makanan yang disediakan licin. Chewah!!!.
Makan sudah, minum pun sudah. Ingat boleh berehat? Nope. Aktiviti seterusnya adalah aktiviti burung hantu. Kami diminta untuk tutupkan semua lampu suluh dan bersedia untuk misi mencari cahaya di atas jalan. Masa ini, mata kita akan mengaktifkan night mode dan akan adapt kepada pesekitaran. Masa yang diperlukan 5 minit dan selepas itu, kita akan dapat melihat sinar-sinar seperti bintang-bintang gemerlapan di atas langit tapi bezanya gemerlapan kat atas tanah. Maaflah, tak ada masa nak ambik gambar. HP tengah cas, dan aku malas. Sebab kat sana kerja saya menumpang camera orang, orang ON jer camera, kita pun mencelah. HP sendiri buat HARTA.
Erh penat la taip. Nantilah aku sambung Part II. Itu pun kalau rajin laaaa.. lagipun blog aku nim blog sendu, so biarlah dia kekal sendu.
OK bai~bai~
0 komen:
Post a Comment