Saturday, October 15, 2022

Eco Adventure Buaya Sangkut Part II

 Assalamualaikum semua


Dah baca part I? Jom kita sambung part II pulak. Maaflah kalau penulisan tak berapa menarik. Ala nama pun blog sendu, saje jer tulis sebab nak tulis diari susah, so kite tulislah blog untuk simpan memori kita. Kalau dah tak ada kat dunia nim, at least kamu boleh la baca untuk ubati rindu itu. Rindukah? Hahahahaha.


Berbalik kepada part II, saya selaku geng dapur bangun pukul lima pagi untuk menyiapkan sarapan pagi untuk peserta-peserta trekking Buaya Sangkut. Gigih tau masak dengan berbekalkan lampu suluh sahaja. Sebabnya memang tak ada bekalan elektrik langsung kat sana. Yana sewa generator hanya untuk caj lampu, caj bateri telefon, powerbank untuk influencer dan media kita buat coverage. 


Ok sebenarnya kan, kami (geng dapur) tak boleh tidur langsung. Tengah malam kami duk bercakap, ketawa, berlawan kentut dan bermacam lagi. Tapi at one point, mungkin aku dah penat bercakap, aku pun senyap dan cuba untuk pejamkan mata tapi Ya Allah tak boleh tidur langsung sampailah time untuk masuk dapur. 


Sebelum aku bercerita lagi, nak mintak maaf la kat team Perbadanan Hutan Negara Johor kalau kami ganggu waktu tidur anda. Yelah sebab dapur kan sebelah tempat tidur korang. Apa bising-bising nikm pagi-pagi buta. Yelah masak tapi yang mulut ikut becok tuh siapa suruh. 


Haaa, ucapan terima kasih ditujukan khas buat  abang tuh Perbadanan Hutan yang pinjamkan kami lampu yang terang.Yang cukup menerangi dapur kami. Mungkin nampak sangat kami struggle pagi-pagi tak cukup pencahayaan. 


Menu sarapan pagi untuk hari tuh adalah maggie goreng, roti sekaya, roti sardin dan panaskan nasi goreng semalam yang tak habis. Tapi as usual la, aku cerita jerlah yer sebab gambar tak ada. Lagipun aku tak ada niat pun nak buat blog. 


Masak sudah, its time to mandi, solat dan bersiap untuk trekking ke Buaya Sangkut. Walaupun tak boleh tidur tapi baterry level tetap 100 percent ok. Campur pulak terlebih makan. My energy spike laa macam budak-budak terlebih gula. Hyperactive.


Sebelum trekking, kami perlu panaskan badan. Korang tahu siapa lead? Boss aku weh. Kerlasssss. Semua benda dia buat. Multitasking betul. Mana nak cari boss macam nim?? Ok done kipas.


Pagi tuh, semua orang nampak boss aku buat stretching awal-awal. Sebenarnya kan, dia sakit lutut tapi dia gigih jugak untuk trekking. Yelah duk berzikir berbulan-bulan dah. Siap pagi petang siang malam duk membeli barang-barang untuk program Buaya Sangkut. Kuat betul semangat dia. Haaaaa, kipas lagi.


Baju maroon tuh boss aku la duk lead


Kami memulakan trekking dalam pukul 8 pagi bermula dari Kuala Marong ke our first stop Batu Hampar. Jarak trekking dalam 2.km. Untuk pengetahuan semua, sepanjang perjalanan memang aku menempel je dengan boss aku. Pasal apa? Pasal aku nak suh dia tarik pacat kalau aku kena la. Geli dowhhh.. Yelah boss kan, sejauh mana menyampah kat anak buah, kena jaga jugak. Tak boleh lari. Hahahaha. Kang aku nak suh peserta lain kan, nanti diaorang menyampah. Yelah, terpekik terlolong minta tolong berulang kali. Sape tak menyirap weh. Tapi apakan daya. Aku memang tak leh, geli. Maafkan saya. 


Ok berbalik pada cerita trekking. Trek ke Batu Hampar mendatar saja. Orang Ganu kata dop leloh laa kalu jalan. Sepanjang perjalanan ke Batu Hampar, kami diberi penerangan mengenai pokok-pokok dan daun-daun yang pelik. Yang tak pernah aku jumpa. Aku tanpa segan silu untuk tanya guide sebab mereka semua nim berpengalaman. 


Dalam perjalanan tuh, sempatlah snap beberapa gambar untuk tatapan korang.



Laluan berbatu dan perlu berpaut pada tali

Pokok yang rapuh menyembah bumi yang berair
Sejenis cendawan. Aku pun tak tahu nama apa


Sambil-sambil ambik gambar, erh erh dah sampai. Dalam 1 jam lebih perjalanan, akhirnya kami sampai di Batu Hampar




Letak la gambar aku sekeping 
kang korang cakap aku tak pernah sampai tapi reka cerita jer lebih

The only girls to Buaya Sangkut

Selepas melepaskan lelah sebentar. Haaaa now the journey begin. Lepas Batu Hampar, bermula la jalan-jalan yang mencanak. Orang Ganu kata, dop lepah nyawee, leloh. Asyik menaiki bukit jer dan kena berpaut pada tali. Kami juga melalui jalan yang berbatu. Tapi aku nim seram sikit bab batu nim, dalam otak duk berfikir, kalau jatuh hempap batu, mati laaaaa. Hahahaha. Me as a overthinking person. But, I am not the only one, right?

Akan melalui laluan yang berair.

Ini adalah sukan gimnastik artistik yang berjalan atas board

Macam biasa, kenalah menyelit jugak gambar aku
Hati-hati kan ada yang tergolek 
Laluan mencanak menaiki bukit dengan berpaut pada tali
Muka ada senyum
Ini tempat kami berehat sekejap selepas sesi pendakian laluan yang mencanak



Memang mintak nyawa weh. Lama kami berehat dan dari satu group berpecah sampai 3 group. Pasal apa? Pasal kena tinggal. Ada orang laju, ada orang slow. Aku? Tengah-tengah. 

Dah abis berehat, kami teruskan perjalanan lagi. Setelah 2 jam lebih perjalanan kami pun sampai ke Buaya Sangkut. Yang aku herannya mana semua orang. Tak sampai-sampai. Rupanya kami sampai dulu kat Buaya Sangkut dan diaorang pergi kat Air Terjun Buaya Sangkut. Erh, guide nim tak berbincang ker? Apasal berpecah pulak? Agak menyirap la tapi malas nak fikir sebab penat.

Welcome to Buaya Sangkut


Muka banyak senyum


Korang tengok bahagia kan? Sebenarnya kami baru sudah, shhhhhhhh. Bincang duk bincang siapa dulu nak buat. Last-last Faezah yang buat dulu, followed by me and Yana. Lama la kami berendam nak cover punya pasal. 

Geng dapur, geng kencing bersama


Kencing sudah, berjemur pun sudah. Its time to eat. Kami makan bekalan sponsored by Emazol Kitchen (klik). Terima kasih sebab sudi taja kami, Tourism Malaysia Wilayah Selatan. Ada 4 variasi, ayam rendang, daging rendang, ayam masak lemak dan ayam dendeng. 


Bismillah

Dah makan? Dah kenyang? Haaaa, sampah jangan lupa bawak turun ye. Kang tak memasal kena saman sebab cemarkan Hutan Negara. 

Lepas siap-siap kami pun bergerak pulang pukul 2 petang. Alhamdulillah jaraknya dan laluannya adalah sama tapi laluan menurun so cepatlah sikit balik. Tapi kan, apasal aku rasa lama jugak. Dalam hati, lambatnya sampai. Tak sabar nak cepat sampai. Dalam perjalanan pulang, hujan gerimis so jalannya becak. Berselut semuanya dan kena turun pun berhati-hati sebab takut tergelincir. Tanah basahkan.

Tengok, berselut laluan perjalanan balik

Nim aku nak cerita, dalam perjalanan balik saya ada ternampak seekor ular yang cantik, kecik jer tapi berwarna-warni. Saya pun duk panggil pegawai hutan tuh. Ular, ular!!! Dia buat dang jer, tak dengar dan tak percaya kot. Yelah awak tuh kan selalu masuk hutan, tak pandang bawah. Saya nim berjalan kena berhati-hati, mata asyik ke bawah saja. 3 kali saya panggil, last-last dia patah balik. Tengok-tengok memang sah ular. Dia suruh aku mengundur sebab dia nak buang ular tuh dari laluan trekking. Tak sempat aku nak snap. Panik. Cuma dalam otak aku sempat la aku duk fikir, dia tak nak layan aku sebab dia annoying dengan aku atau dia memang tak percayakan aku? Memang itu adalah ular.  Pastu dia jugak duk cerita, ular tuh berbisa. Kalau kena patuk, terus meninggal.
 

Habis cerita pasal ular. Kami pun meneruskan perjalanan pulang. Alahai, lama lagi ker? Perut dah lapar. Jalan punya jalan. Akhirnya kami sampai ke first stop tadi, Batu Hampar. 
Masing senyum sebab dah nak sampai

Penat nak senyum, lapar
Duk fikir roti canai je untuk minum petang

Rehat sudah, borak pun sudah. Its time to continue the journey to our campsite. Masa nim, aku paling awal, bos ke mana, Yana ke mana, Faezah ke mana aku pun tak tahu. Lapar punya pasal. Masa nim malas dah nak fikir pasal pacat, penat. Pagi sibuk sangat nak dengan boss sebab nak suruh boss cabut pacat, bila ke petang semua aku tinggal. Tapi adalah pegawai hutan tuh lead the journey. Boleh la nak mintak tolong cabut pacat. Dalam perjalanan balik, soalan aku hanya satu, berapa lama lagi. Rasa macam boleh dengar arus air, tapi tak sampai-sampai jugak. LAMA!!!!

Tapi Alhamdulillah, akhirnya sampai setelah setengah jam atau lebih aku duk berzikir, berapa lama lagi.

Yeay, sampai

Aku merupakan first group yang sampai dan disambut oleh Hafiz dan Kak Su. Benda pertama aku cakap, LAPAR. Pastu diaorang cakap la plan nak makan kat tepi sungai. Last-last diaorang bawak roti canai, rendang daging dan sardin ke sungai. Masing-masing yang sampai tuh, terus ngap la. Lapar punya pasal. Pekena pulak dengan teh panas. Surrrrrr. Pastu sambil makan, boleh la berendam dalam sungai. Tapi aku tak boleh la lama-lama. Kat sungai nim saja dan 2 pacat gigit aku. Mintak tolong lagi. Maaflah korang, mesti korang rasa annoying kan? Sorry. 


Settle minum petang. Mandi dan solat jamak. Aku pun sambung lepak kat dapur. Geng dapur sambung masak lagi. Tanak nasi sama masakkan bilis goreng dan tempe masak kicap. Makan pulak dengan ayam bakar sponsored by Perbadanan Taman Negara Johor. 


Pastu adalah sambutan hari lahir untuk bulan September. Selamat Hari Lahir buat semuanya. Tapi tak adalah keknya. Yana sediakan brownies sahaja sebab makanan tuh boleh kekal lama kat luar. Hutan mana ada peti sejuk. Dah satu kerja pulak nak pikul kek yang cepat cair tuh. 



Selesai makan, masih ada satu lagi aktiviti iaitu Entomotourism Insect Light Trap. Diaorang set up kan kain putih dengan pasang cahaya lampu untuk attract insect. So kat kain tuh, kami nampak la pelbagai jenis serangga. Tapi malangnya, gambar tak ada. Masa nim kepala aku dah ding dong. Tak dapat tidur malam semalam campur penat. Tapi kalau korang nak tengok stories pasal tuh boleh klik kat instagram OD (https://www.instagram.com/p/Cjhhdc0DWKp/?hl=en)



Erh penat la bercerita, penat la taip. Nanti aku sambung part III pulak ye. Tuh pun kalau ada kerajinan laaaaa. Kalau tak habis kat part II jer.


Sekian, terima kasih










0 komen:

Post a Comment

 
Top