Assalamulaikum
Salam hamba hulur tanda ingatan
Gittew malam-malam menyanyi.. Tiberrrr.
Pastu pulak, tiberrrr rajin menaip-naip untuk blog ni setelah setahun bersawang.
Kadang aku heran jugak, statistik pembaca ada dan aku tak sangka ada jugak pembaca di blog sendu ni. Tak, sekarang ni aku menyirap dengan lappy ni sebab asyik betulkan ejaan aku jer. Aku nak tulis Bahasa Melayu bukannya Bahasa Inggeris. Aku anak Melayu tau walaupun iras-iras kacukan cina..hadeeeeee
Aku ni sebenarnya suka jer tangkap gambar, konon-konon simpan untuk menulis di blog laa. Ada idea kan? Pastu bila dah lama tapi kalau dah tetiba angin kus-kus datang nak membersihkan galeri tuh, habis benda aku padam.
Ini aku nak ceritakan pengalaman aku menaiki jungle train dari Gemas ke Kelantan. Terima kasih Tourism Malaysia kerana menaja trip kali ini. Ewah-ewah statement macam influencer, kau sedar tak kau pergi atas urusan kerja. Haaaa gitu laaa. Dah nama pun program experiental tourism. Kita ni awak kerja frontliner, alaaaa kerja kaunter. Tapi kerja kita ni advance sikit, sebab kena speaking London, yelah kan kalau dah yang datangnya dari luar negara takkan la nak cakap BM. Melopong masing-masing.
Aku ni kalau bercerita cerita dari kaunter ni banyak eh. Kang datang pelancong dari Spain dia cakap bahasa Spain, China cakap Mandarin, France cakap bahasa dia. Agaknya diaorang tengok aku nim macam warganegara diaorang ke? Last-last cakap English jugak, yelah bahasa international kataaaaa. Diaorang kan especially yang kurang fasih BI ni selalu akan say sorry before diaorang keluar dari TIC (tourist information centre). Aku pulak selalunya akan cakap its okay, as long as the information delivered. Maknanya apa yang dia nak tahu aku dah explain dan diaorang paham, sudah memadai.
Sudahlah cerita dari kaunter TIC, so kita berbalik pada cerita asal laaaa iaitu pengalaman menaiki kereta api yang boleh tidur atau dikenali sebagai sleeper train. Aku tak tahu la pasal apa nama aku tetiba naik untuk program kali ini, tapi tak pelah boleh keluar sekejap dari Melaka. Pastu alang-alang ke Kelantan, kita sambung cuti ke kampung pulak. Ibaratnya, nikmat Tuhan yang mana kau dustakan.
Oklah, ceritanya bermula dengan waktu berlepas. Pukul 12.10 tengah malam weh. Disebabkan work station aku di Melaka so better aku naik dari Gemas. Pilihan lain adalah berlepas dari KL Sentral, tapi kan macam berpatah balik. Dari KL Sentral kena naik ETS pastu tukar train kat Gemas. Oh, untuk makluman semua, Gemas adalah interchange station bagi ETS Dan Ekspress Timuran.
Aku gerak dari rumah dalam pukul 10 malam dan jarak perjalanan dari Melaka ke Gemas kira-kira 1 jam 30 minit. Aku book teksi jer weh. Nak kerja senang, benda boleh claim, why not. Dah sampai Gemas kena tunggu group dari KL sebelum meneruskan perjalanan ke Kelantan.
Stesen Gemas
Aku sampai dalam pukul 11.40 malam. Aku tak pernah sampai sini. Mula-mula aku macam takutla jugak, yelahkan, dahla sorang-sorang gerak dari Melaka, pagi-pagi pulak tuh di tempat asing. Tapi jangkaan aku meleset sebab ada je orang kat situ dan kat pintu utama tuh ada je kedai untuk beli makanan alas perut. Sempat jugak la beli burger, sebab macam craving la pulak. Rasa? Biasa je nyah. Yelah, kau expect apa? Rasa burger macam abang burger buat? Lambat lagi. Rasanya macam burger yang kau beli di stadium masa perlawanan bola. Haaaa macam tuh la rasanya. Aku bagi gambaran jer, sebab aku pun tak pernah tengok perlawanan bola kat stadium. Boyfriend tak ada nak bawakkan. Sedihhhhh.
Dah sampai group dari KL tuh, kami pon bergerak la ke platform berlepas. Dengan bagnya yang berat, aku rasa perjalanan dari pintu masuk ke platform tuh begitu jauh. Aku kan backpacker, kita tak main laaa bag beroda. Apa baranggg!!!!
A road not taken
Straight to your heart
Dora The Explorer
Terpaling bagpackers
Simple je kan aku? Kakak-kakak dan abang-abang sejawatan terkejut tengok barang sikit sangat untuk 7 hari punya program. Nampak je sikit, padahal baju dan seluar yang aku bawak dalam bag tuh siap ada extra lagi. Its about planning and skills untuk mampatkan barang anda. Nak tahu bagaimana? Hubungi saja saya ditalian 999. Biar tahu, jangan keliru.
Coach untuk tidur
Yang aku tahu, train ini ada coach untuk duduk dan katil. Bagaimana aku tahu? Sebab aku bantu pelancong untuk book ticket. Korang nak try booking, boleh Google ktmb. Nanti ada jadual dan kekosongan ticket. Ok, bebalik pada cerita berdasarkan gambar di atas, coach ini merupakan coach yang ada katil. Katil ada di atas dan dibawah. Untuk orang yang tinggi, lebih baik ambik katil bawah ye. Aku yang tinggi 167cm pon penat nak menunduk sebab ruang katil atas lagi rendah berbanding ruang katil bawah. Jangan bimbang ye, katilnya empuk jer cuma janganlah dibandingkan dengan katil hotel. Katil bersesuaian la dengan tempat dan perkhidmatannya.
Anda boleh tidur dengan lena ye sebab anda boleh menjaga ruang privasi anda dengan menutup langsir. Tapi percayalah, anda tidak akan dapat tidur lena sebab sepanjang perjalanan badan anda akan bergerak seiiring pergerakan kereta api. Hihihihi.
Ruang tidur atas
Katil bersih jer dan ada jer bauan yang menyegarkan. Katil lembut jer tapi aku la yang tak dapat nak lena sangat sebab tidur dalam gegaran kenderaan, pastu sejuk pulak tuh. Kita ni dah la tak tahan sejuk. Ngokor wasean bak kata orang Teganu.
Salam Subuh
Untuk makluman, surau tidak disediakan ye. So pilihan yang ada hanyalah di katil masing-masing. Wuduk boleh di ambil di tandas yang disediakan. Tapi aku tak sempat la nak ambik gambar tandas. Jijik, hancing. Aku tahan je pernafasan untuk berwuduk. Disinilah tempat tidur, tempat solat dan tempat makeup. Kenapa perlu makeup? Heyyyy perluuuuu sebab nak nampak cantik dalam gambar.
Untuk jungle train ni, ada jer cafe. Bagi siapa-siapa yang nakkan light breakfast atau kopi boleh jer ke kafe cuma aku je la yang malas nak ke kafe. Sebab simpan perut untuk makanan sedap di Kelantan. Kenapa perlu makan di keretapi sedangkan ada syurga makanan menanti anda di luar sana.
Tunggu punya tunggu last-last aku tumpang jer katil bawah. Apa, ingat aku rajin ke nak panjat-panjat katil. Tumpang tuh tumpang la tapi yang pergi menyembang apasal? Hihihi. Siapa diaorang kasi snacks lagi. Itulah akibatnya terlebih ramah.
Selamat pagi di bumi Kelantan
Gua Musang
Erh tetiba sampai di Gua Musang Kelantan. Selamat pagi wahai dunia. Inilah stesen Gua Musang atau lebih dikenali sebagai Guo Muse oleh warga tempatan.
Stesen Keretapi Gua Musang
Jangan tiru Aksi ini.
Aksi ini dirakam oleh ahli profesional.
KTMB
Kami sampai di Stesen Gua Musang kira-kira 8 pagi dan keretapi ini akan meneruskan perjalanan ke stesen-stesen berikutnya sebelum stesen terakhir di Wakaf Bharu. Lupa nak cakap, keretapi ini akan berhenti di stesen-stesen sekejap untuk mengambil dan menurunkan penumpang. Untuk maklumat lanjut boleh la klik di pautan tertera
https://www.ktmb.com.my/
Dah la weh, penat la imbas kembali kenangan bulan October 2023. Haaa, lama tak peram? Harap tak basi lagi laaa ye.
Sampai disini sahaja celoteh saya untuk hari ini. Sampai jumpa lagi. Bai ~ Bai~
0 komen:
Post a Comment