Assalamualaikum buat pembaca sekalian
Apa khabar kau disana? Diharapkan agar sihat-sihat selalu bersama keluarga tersayang. Alhamdulillah aku juga sihat disini cuma semalam la kurang sihat sikit. Balik kerja jer aku terbaring sebab entah la, mungkin perut masuk angin. Nak kata lapar tak sebab aku baru melahap sepinggan mee tarik goreng.
Bagi sesiapa penggemar mee tarik pasti tahu kuantiti makanan yang disajikan. Besar weh dan aku mampu menghabiskan sorang-sorang. Sedap tuh sedap cuma sakit di kemudiannya. Aku ni selalunya makan sikit jer tapi bila dah melantak sepinggan mee tarik goreng pastu campur pulak dengan berketul-ketul dumplings, haaa hadap jelah kesannya.
Kalau korang datang ke Melaka, boleh la singgah ke kedai tuh. Disini aku bagi link Facebook kedai mee tarik tuh Mee Tarik Lan Zhou. Yang aku pergi ni kat Jonker, Melaka tapi yang aku tahu diaorang banyak jer cawangan kat negeri lain. Banyak pilihan tapi yang aku pilih mee tarik goreng cendawan tapi kawan aku pilih mee sup. Aku sajelah order mee tarik goreng dah lagi Dua tuh order mee sup dan aku sebenarnya tak tahu nak makan apa.
Penuh meja order
Patutlah sakit😅
Mushroom Chicken Noodle
Mee Tarik Goreng bersama ayam dan cendawan
RM 15.90
Braised Beef Noodle
RM17.90
Original Beef Noodle
RM15.90
RM12.00
Sebenarnya nak order dumpling daging lembu tapi tak ada, maka dengan itu order sajelah dumpling ayam. Gara-gara makan banyak sangat masa makan tengahari, dah petang tuh mulalah rasa kesannya. Sendawa yang kerap, pening kepala, loya, ini semua sebab masalah pencernaan. Lepas solat pon baring jer memanjang sebab pening kan. So moral of the story, makan berpada-pada dan jangan sampai menyakitkan diri. Kan ada larangan makan berlebihan.
Umar al-Khattab berkata: “Jauhilah dari membesarkan perut (makan banyak) sesungguhnya ia akan memudharatkan jasad, datangnya penyakit, bermalasan dalam solat. Hendaklah kamu berusaha menjauhinya (makan banyak) kerana dengannya (kurang makan) akan menyihatkan jasad, dan menjauhkan dari sifat melampau - Sumber, Google.
Tapi adalah perasan ada nombor asing naik. Aku ignore je nombor asing tuh sebab dah tahu siapa kan, malas nak layan. Tapi sakit-sakit pon sempat la return call BFF, dia meluah kita pon meluahkan perasan jugak la.
Lepas video call kita pon makan la buat alas perut, 2 biji telur dengan sebiji oren dengan harapan mampu kurangkan rasa loya. Lepas makan tuh oklah sikit so aku confius aku ni angin sebab lapar ke kekenyangan? Entah laaaa. Kita pon tak paham badan kita wakkkk, apatah lagi emosi kita. Emosi pon tak stabil, perempuan kan, complicated.
Erh kejap, aku sebenarnya nak cerita lain tapi tercerita lain. Tapi xpelah, cerita tuh nantilah aku taip. Lagi satu aku pun tak tahu la, ini apa sebenarnya? Beauty blogger ke, Travel blog ke diari kehidupan aku? Krisis identiti. Penat la jadi perempuan, nak jadi lelaki boleh? Tibahhhhhh!!!!
Sekian diari untuk hari ini
Bai ~ Bai ~ Bai~
0 komen:
Post a Comment