Monday, February 3, 2025

Eucerin Even Skin Spotless Brightening Booser Review

 Assalamualaikum buat semua pembaca. Erh jap, ada pembaca ke untuk blog ni? Hahahaha. Sebelum kita meneruskan bicara kita disini, sukalah saya ucapkan Selamat Tahun Baharu 2025. 


Walaupun hari ini kita telah pun menjejakkan diri ke bulan Februari tapi takpelah saya nak ucap jugak. Lagi 27 hari, kita akan bersama-sama menyambut bulan Ramadan ye. 


Tahun ini seperti biasa, kita bawa status single kita ni dari tahun-tahun sebelumnya. Bertahun-tahun bermasutatin di Melaka, aku juga seperti ini. Korang punya progress kehidupan korang macam mana? Masih lagi sama?


Tapi kes aku kan lagi berat tau. Dah la bawak status single dari tahun sebelumya tambah pulak masalah wajah ni. Aku perasan kan, muka aku ni making lama makin buruk. Niat di hati nak buat laser, tapi sampai ke sudah gitu jer. Survey jer, gerak ke klinik tak pun. 


Aku nak tekankan kat sini, aku bukan buruk sangat cuma itulah, muka ni bersepah jeragat dan melasma. Penat weh fikir bilalah nak lawa. Orang lain nak lawa diaorg usaha, aku punya usaha hangat-hangat tahi ayam.


Bercakap pasal jeragat, aku adalah aim satu serum ni. Harga boleh tahan jugak pastu disebabkan aku ni menggunakan pencuci muka berjenama tersebut, aku pun fikirlah mungkin serum ini yang terbaik untuk aku. Kalau korang nak tahu, ini review untuk pencuci muka tu tau Eucerin Whitening Cleanser


Oklah sebelum korang jadi bosan membaca celoteh aku ni, jadi aku perkenalkan product tersebut.


Eucerin Even Skin Spotless Brightening Booser


Ini view depan

Cantik tak background? Pakai batik uolls, kerlas tak alas meja aku? Tema-tema batik gituh. Yelahkan seiring dengan slogan kerajaan "Inilah Batik Malaysia".

Ini view belakang dengan butirannya

Bentuk pump, tersangatlah mudah

Isipadu 30 ml...lama nak abis hoiiii bukan sebab apa, sebab dia punya texture tuh pekat. Aku picit satu pam pun boleh lumur seluruh muka. 

Banyak ni pun boleh lumur satu muka tau

Kalau kau tengok gambar atas tuh dah membuktikan serum ni pekat. Kebanyakkan serum tak boleh picit letak kat jari sebab sedikit cair. Warna booster ni pun warna kuning cair


Isipadu 30ml

Product claims
  •  mengurangkan bintik-bintik hitam
  • mencegah dari bintik-bintik hitam kembali

My Review
  • does not make face breakout
  • one pump is enough for the whole face
  • slightly sting if I apply on wounds
  • have chemical smell but not too strong

Adakah product ini berkesan pada jeragat aku? Tidak!!!

Aku rasa tiada apa yang berubah. Yang berubah hanyalah fulusku berkurang sebab harga dia boleh tahan mahal. RM 129.00. Itu pun beli masa sale 40% off untuk skincare di Guardian Malaysia.


Repurchase? big NO


Rating ⭐⭐☆


Dengan harga macam tuh, aku boleh dapat 3 serum jenama Korea kot. Cari je kat shopee. 

Kini pencarian untuk serum baharu bakal Bermuda. Serum apakah?

Tunggu..............

Oklah, setakat ini sahaja

Sampai bertemu lagi

Bai~~ Bai~~ for now

Erh sebelum tuh, tengoklah wajahku. Cantik je kan? Hahahaha


Ku bukan milikmu dan bukan milikmu siapa-siapa




0 komen:

Post a Comment

 
Top