Tuesday, June 21, 2022

Resepi Kek Coklat Kukus Simple

 Assalamualaikum


Hello!! Hai!! Jumpa lagi kita pada hari ini. Semalam dah siap tulis 2 entries, kita pon tidurlah. Bangun awal, solat subuh dan makan oren sebiji sebelum breakfast jap lagi. Asyik lapar jer, bangun tidur perut minta diisi. Hmmmmm, bilalah nak kurus.


Entri kali nim, resepi kek coklat kukus. Paling simple, paling best dan yang paling penting tahan lama.


Bahan-bahan basah

1 cawan susu pekat

1 cawan susu cair

1 cawan minyak (untuk melembabkan kek, boleh kurangkan kepada 3/4 cawan)

3 biji telur

2 sudu besar gula

1 sudu teh esen vanila (untuk buang rasa hanyir telur)

1 sudu teh choco flavor (tak penting pon, kalau ada boleh letak)

*Kisar semua bahan-bahan diatas*



Bahan-bahan kering

1 cawan serbuk koko (kalau tak nak pahit sangat boleh kurangkan kepada 3/4 cawan)

1 1/2 cawan tepung gandum

1 sudu teh baking powder

1 sudu teh baking soda (boleh kurangkan 3/4 sudu teh - jangan banyak sangat nanti pahit)

*Ayak semua bahan-bahan kering*


Satukan bahan-bahan kering dan bahan-bahan basah. Kacau dulu bahan-bahan kering, biarkan sebati dengan bahan-bahan basah kemudiaannya kisar bancuhan tadi untuk pastikan bancuhan tidak berketul.


Panaskan kukusan selama 10 minit


Oleskan baking tray dengan minyak supaya kek tidak melekat pada bekas semasa proses mengeluarkan kek dari bekas. Masukkan bancuhan kek tadi dan kukus selama 45 minit ke 1 jam. Untuk cek masak ke belum, cocok kek dengan lidi. Sekiranya lidi bersih, maksudnya kek dah masak.

Hasilnya


My Chocolate kek, nampak simple tapi sedap weh


Berkuping-kuping sebab oles minyak pada baking tray tak rata



Senangkan? Selamat mencuba

2 komen:

 
Top