Assalamualaikum pembuka bicara
Maaf ye, ini bukan teks untuk berpidato. Hari ni tetiba entah ternampak link blog sendiri, jadinya mulalah kita nak mengarang sesuatu. Last post pun tahun lepas, banyak yang nak dicoretkan tapi entahlah sifat malas merajai diri. Ini dah pekena roti canai telur sekeping dengan 2 biii karipap tetiba rasa nak terlelap pulak.
Apalah tajuk yang nak diceritakan? Makanan? Skincare?Entahlah. Sekarang sudah kurang membeli skincare, sekadar beli produk yang sedia ada kat Guardian atau Watson. Kalau dulu gigih jugak nak cuba dan pakai produk-produk yang viral cumanya sekarang kita dahulukan yang utama dulu berbanding kehendak diri. Bukannya tiada bajet cumanya tidak lagi mahu berdepan dengan episod muka breakout.
Hari ni tak delah nak cerita apa-apa pun sekadar bercerita pasal makanan. Set makan ni dah beberapa kali saya makan dan setiap kali makan balik tanpa rasa kecewa. Sebab yang paling best adalah, saya makanan tanpa bayar selalunya saya dibelanja. Alhamdulillah rezeki terpijak.
Siapa je yang tak pernah dengan hotel MITC kat Melaka? Rasanya semua kenal dan peratusan penginap disini agak ramai memandangkan di Ayer Keroh tak banyak sangat pilihan yang ada. MITC hotel melalui kafenya Kafe Asahan memperkenalkan set makan Kari Kepala Ikan. Harga set Kari Kepala Ikan ni Bermuda dengan RM68.00 hingga RM138.00
Kari Kepala Ikan
pekat dan melekat


Asam Pedas Kepala Ikan
Menu wajib orang Melaka
Tak Melaka la kalau tak tambah menu asampedas. Salah satu tempat yang aku rasa masakan Aam Pedas yang sedap ditekak adalah di Hotel MITC. Satu lagi Asam Pedas Pak Man, tapi orang Melaka cakap itu bukan Asam Pedas pior Melaka tapi aku pon bukan orang Melaka, so tekak kita ikut orang luar.
Siakap Goreng Cili Kering
Disclaimer, ini menu tambahan yang mereka sediakan ye. For me, take berapa suka sebab too crispy. For those yang gemarkan ikan goreng rangup boleh tambah menu ni, tap for me, aku suka ikan yang digoreng tapi isinya masih lembut. Kite orang Terengganu, so makan ikan ni, makanan ruji.
Sambal Udang Petai
Set ni dah termasuk menu Sambal Udang Petai. Bagi penggemar Petai, anda patut cuba yang hotel MITC buat. Tekak aku sedap jer tapi selera masing-masing kan berbeza.
Ayam Goreng Berempah
Telur Dadar
Taugeh Goreng
3 menu ni dah ada dalam set Kari Kepala Ikan. Menu ni buat tambah protein dan pelengkap rasa. Telur Dadar dan Taugeh Goreng sangat sesuai untuk set ni sebab dia macam compliment, melengkapkan rasa masa makan.
Set nasi putih
Dalam set ni akan didatangi dengan 2 set nasi putih. Kalau nak nasi tambah, kena tambah duit la. Walaupun set ni untuk 2 orang, aku rasa 3 orang pon boleh makan hanya perlu minta nasi tambah.
Dessert
Menu akhir, pencuci mulut buah-buahan. Sangat menjaga badan, kita sudahi makan kita dengan buah-buahan tapi jangan bimbang kalau rasa nak makan makanan manis atau savoury, boleh je order kat kafe. Mereka pun ada sediakan a few selection of desserts, tak banyak tapi boleh laaa.
Ini lagi satu, mereka ada memperkenalkan satu menu air yang baru. Aku lupa la, rasanya macam air kedondong asam boi.
Rasanya agak sedap sebab yang menjadikannya sedap adalah asam boi. Kalau menu ni masih ada, boleh la cuba minum. Tak salah mencuba, mana tahu kena dengan selera.
Oklah, setakat itu sahaja coretan ini. Kalau ke Melaka, jangan lupa singgah makan di Asahan Kafe, MITC hotel ye. Saya rasa anda tidak akan kecewa.
Sekian sahaja, goodbye.
0 komen:
Post a Comment