Assalamualaikum dan Salam 21 Zulkaedah
Salam 20 Jun 2022..bulan kelahiranku..aku lahir dengan berat 3.2 kg pada waktu 12.30 tengahari pada tarikh 11 Jun tahun 199*. Mana boleh bagitahu tahun, nanti korang boleh kira umur aku berapa..hehehe..Tapi yang pasti aku dah tua laaa..Orang kata rumah kata pergi, kubur kata mari
Malas la nak cakap banyak, aku sebenarnya nak review produk buatan Malaysia. Aku tak pasti dia lulus KKM atau ada merkuri ke tak. So far aku pakai tak breakout dan my face getting fairer day by day..Affects tak instant, makan bulan jugak laa. Satu lagi mungkin aku je tengok muka aku, macam gitu jer, sama macam bulan lepas tapi aku dapatlah pujian dari orang kulit cerah sikit tapi bukan cerah yang menipiskan kulit.
Korang pernah dengar SF Beauty? Tak silap aku dia ada cream siang, krim malam dan sabun pencuci muka. Alaaaa, sama macam produk buatan Malaysia yang lain. Konsepnya sama je kan, produk timbang kilo. Seriously aku tak tahu weh, korang kena tanya directly dengan founder kot. So far aku pakai okay. Oh ye, aku hanya pakai Krim Malam sahaja, iaitu krim kunyit
Fungsi Krim Kunyit
- Mengecutkan jerawat
- Mengurangkan pigmentasi dan jeragat
- Memberi kesan awet muda
- Melicinkan kulit
- Mencerahkan kulit
Cara Penggunaan
Sapukan pada kulit wajah sebelum tidur pada waktu malam sahaja. Kalau korang ada jerawat tumbuh, sapu tebal sikit kat jerawat tuh. InshaAllah akan bantu mengecutkan jerawat. Untuk makluman, saya hanya pakai di kawasan berparut sahaja, bukan keseluruhan muka.
Berat kandungan 80gm
Berapa lama tahan? Ikut penggunaan, setebal mana korang tepek kat muka. So far mine bertahan 3 bulan jugak.
My Verdicts
- Tidak breakout
-Yes, mengurangkan jerawat
- Yes, mencerahkan kulit tapi tak sampai tahap menipiskan kulit
-Yes, mengurangkan parut jerawat
-Yes, mengurangkan jeragat
Repurchase? YES, dah siap tambah stok 2 bekas. Kalau orang dah puji tuh maknanya berkesan la tuh. Aku balik Perlis dan kedah pun tak rentung, masih dipuji makin cantik. You guys should try. JOM CANTIK BERSAMA.
Owh lupa nak cerita, adik yang jaga parking pun tegur. Dah lama tak nampak katanya, nampak akak makin cantik. Terkejut kite, tapi dia serious cakap nampak cantik. Kami dah lama tak jumpa since saya banyak kerja luar dan masih bekerja dari rumah almaklumlah office masih dalam pengubahsuaian. Terima kasih dik, puji akak. hehehehehe
Rating ⭐⭐⭐⭐☆
0 komen:
Post a Comment