Sunday, August 29, 2021

BLACKMORES Multivitamins + Minerals Review

 Assalamualaikum semua pembaca blog Soulless Soul


Terima kasih tak terhingga kerana sudi menjenggah ke blog sendu ini. Dah cocok vaksin ke belum? Alhamdulillah saya dah complete 14 days of second dose Sinovac. Maknanya imuniti dalam badan sudah terbentuk namun bukan tiket untuk tidak mendapat virus Covid-19 tetapi hanyalah ikhtiar untuk kurangkan kesan atas badan sekiranya virus menyerang. Walaupun kerajaan sudah pun melonggarkan peraturan baiklah sekiranya kita kekal dirumah kerana kes masih banyak dan semalam sahaja 22k kes.

 


Entry kali ini mengenai Multivitamin Blackmores. Anda sendiri boleh lihat dalam pasaran betapa banyaknya jenama-jenama multivitamin. Namun begitu, jenama Blackmores tetap menjadi pilihan hati walaupun harganya agak tinggi berbanding jenama lain. Selain BLACKMORES, multivitamin dari BIOLIFE juga menjadi salah satu pilihan saya. Tengok yang mana on sales la. Tak ada sales pon kat shopee berlambak farmasi yang jual jauh lebih murah dari Watson dan Guardian. Yang penting rajin-rajinkanlah untuk membandingkan harga


Kenapa Multivitamin? Sebab saya banyak baca yang badan kita sebenarnya kekurangan minerals dan vitamins disebabkan lifestyle serta kekurangan zat gizi makanan yang kita makan setiap hari. Macam hari ini kita makan healthyfoods yang penuh nutrisi, esok belum tentu healthy. Lagipun, macam-macam post makanan lalu di media sosial. Makanan yang penuh gula, sarat dengan msg, garam, minyak dan bermacam-macam lagi. Saya nim lagi la. Kalah betul dengan desert. Setiap minggu akan ke kedai bakery, badan pon bagai dipam-pam. Tak kalah dengan  home baker, fast food chains pun berlumba-lumba keluarkan produk baharu. Pengguna pun tak terkejar dengan makanan terbaru. Kadang saya pun terlepas pandang but luckily media sosial keep me update about foods even though there is no way I can try all. Too much outside food can ruin my body and I do not want to get fat. Hahahaha.






Apakah kepentingan multivitamins + minerals?

1. Untuk membantu saraf - vitamin B dan magnesium
2. Memberi tenaga - magnesium dan zat besi
3.  Antioksidan - Vitamin C dan E
4.  Imuniti - Vitamin A,C, E dan zink
5. Kesihatan jantung dan peredaran darah
6. Berat badan sihat
7. Kesihatan tulang - Kalium, Magnesium dan Vitamin D 


Komposisi vitamins dan mineral dalam satu tablet supplement multivitamins dan minerals Blackmores 

How the tablet looks like
Besar tapi boleh telan laa



How to consume?
With food and only one tablet per day

Taste?
Nothing.. just like other tablet


Friendly reminder
Jangan lupa ye minum air banyak-banyak. 8 gelas sehari atau 2 hingga 3 liter sehari. Jangan terlebih atau terkurang. Terlebih boleh jadi water intoxication dan kurang air boleh buat sembelit. Jangan lupa jugak untuk makan makanan yang berkhasiat dan kurangkan makanan yang bergaram serta makanan penuh perasa tiruan.



Belanja muka sekeping

Hahahahahaha
Tak cantik tak pe yang penting hargai diri sendiri kerana orang lain belum tentu hargai diri kita



Sekian

Sehingga berjumpa lagi

Bai ~~ Bai ~~


STAY SAFE, STAY HOME 








2 komen:

  1. Minum air 8 gelas jenuh p toilet wak 🤣🤣🤣🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...tak pelah..bukan jauh pon..jamban luar rumah macam zaman dulu ke wak?

      Delete

 
Top