Tuesday, June 14, 2022

Pengalaman Menaiki Kereta Api KTM ETS

 Bismillahirahmanirahim


Assalamualaikum semua


Entri kali ini berkisarkan tentang pengalaman saya menaiki KTM ETS. Sebelum nim saya selalu jer naik KTM zaman belajar dulu la. Dulu belajar UM selalu la ambik KTM dari stesen Angkasapuri ke Stesen Putra dan yang paling jauh dari stesen Mid Valley ke stesen Seremban. Itu pun sebab pergi rumah kakak saya kat Port Dickson. Tapi kali nim, kali pertama saya naik intercity. Saya perlu mengikuti program anjuran Tourism Malaysia untuk menerokai Kedah dan Perlis. This is not a paid review memandangkan saya pun staff Tourism Malaysia. Saja jelah nak share pengalaman, first timer la katakan.

 

 

Maklumat stesen-stesen yang berhenti



Kami punya depature time pukul 7.10 pagi, awal noks. Pukul 6.15 pagi dah berkumpul di KL Sentral. Awal pagi tak sempat la nak sarapan sebab kedai masih belum beroperasi pagi-pagi buta dan kami pun beranggapan dapatlah breakfast dalam train sebab dalam train ada kafe. Perjalanan memakan masa 4 jam 10 minit dari stesen KL Sentral ke stesen Arau. Untuk makluman, KTM ETS nim merupakan fast train so that is why perjalanan hanya memakan masa 4 jam lebih. Kalau drive mahu 7 jam jugak dari KL ke Perlis. Terima kasih KTM sebab sudi taja staff Tourism Malaysia pergi dan balik. Alhamdulillah. 

Ini rupa tiketnya, nama tuh nama pegawai pengiring kami..hahaha

Dah check in, dapatlah seat tapi bukan tepi tingkap la. Train nim akan berhenti setiap stesen dan penumpang pon bersilih ganti. Saya punya seat sebelah turun, passenger lain yang naik. Lagipun cuti sekolah kan, dia punya pack lain macam. 


Ini adalah gold class, seatnya quite comfy dan boleh adjust. Kalau nak tidur boleh laras tempat sandar ke belakang sikit. Meja boleh laras pon disediakan untuk letak makanan dan minuman. TV juga ada tapi tak disiarkan apa-apa movies sebab mengikut staff KTM, ada masalah hak cipta dan mereka diminta untuk mebayar hak siar yang agak tinggi. So sepanjang perjalanan korang tengoklah video-video pendek KTM dan Tourism Malaysia. Bosan tau. Hahahaha

Ini muka aku sambil borak dengan Yana, tempat duduk selesa dan luas laluan perjalanan pun okay. Biasa la aku, kenalah letak muka aku sekeping. Kasi berbulu sikit mata korang. Hahahaha

Korang kan travel balik kampung atau travel untuk jalan-jalan kan, kalau korang bawak bagasi besar, boleh simpan kat tempat penyimpan. Tapi kalau korang bawak bag kecil jer, boleh simpan kat bawah kaki korang atau tempat penyimpanan atas tempat duduk korang.

Tempat penyimpanan bagasi


Duduk sudah, bergerak pun sudah. Sekarang perut minta diisi, tapi alahai kecewanya. Tak banyak menu yang ada. Ada nasi tomato dan nasi goreng kampung jer, itu pun limited. Kafe buka 8:30 pagi, pergi pukul 9, dah habis dah. Yang tinggal maggie cup jer. Tak kuasa la nak makan. Tapi dah sampai stesen Ipoh, diaorang akan topup menu kudapan pulak, keropok lekor. Itu pun 10 pack sahaja dan of course la aku tak sempat beli dah habis. Kontraktor makanan pun, dah la musim cuti sekolah, tak boleh ker provide banyak sikit makanan, jauh kot perjalanan. So Berlapar la aku dari pagi sampai ke tengahari. Nasib baik sampai terus bawak ke kedai makan, Alhamdulillah perut lapar sejak pagi dah kenyang. Peringatan, pastikan anda breakfast dulu sebelum menaiki train awal pagi. Sekian.


Walaupun masa pergi aku tak dapat makan tapi aku belanja la korang gambar kafe dan menu yang ada. Tapi menu nim kawan saya snap masa balik dari stesen Alor Setar ke KL Sentral. Erh sekejap saya, sekejap aku, lantaklah. Menu masa balik banyaklah sikit, tak berebut macam waktu pagi. Mungkin orang dah makan tengahari berat so orang tak heran lah menu yang ada kat kafe dalam train nim. Mungkinlah

Ini hah rupa bentuk cafenya..korang bolehlah dapatkan bekalan makanan korang kat sini

Antara pilihan menu yang ada


Menu yang ada sepanjang perjalan balik adalah nasi goreng kampung, nasi tomato, nasi lemak, nasi dagang dan keropok lekor. Ini makanan frozen, so time korang beli tuh dia akan panaskan dalam microwave. Korang makan time panas-panas laa. Boleh makan di kafe kecik diaorang atau korang boleh makan kat tempat duduk korang. Kan ada meja kat tempat seat korang. Boleh la share makanan bersama orang yang tersayang. Gittew







Nah, kita zoom gambar nasi dagang


Erh lupa pulak nak bagitahu, kawan aku si Yana nim belikan aku nasi dagang. Aku balik dari solat, tetiba dah ada kat tempat duduk. Tunggu ngap jer. Bila nak bayar dia cakap tak payah. Alhamdulillah rezeki. Terima kasih Yana, semoga dimurahkan rezeki. Oklah aku nak komen nasi dagang dia. Aku orang Terengganu weh. Tak pernah-pernah seumur hidup aku makan nasi dagang dengan gulai ayam. Dah tu nasi pulak tak berapa nak masak plus tak cukup lemak santan plus tak cukup kanji dari beras pulut. Kuah gulai pulak oklah, adalah jugak rasa Terengganu tuh, sikitlah.

Masa pergi aku tak delah nak masuk surau dalam train, tapi masa balik aku masuklah sebab tak sempat nak qasar dan jamak solat zohor dan asar. Ini semua salah kakak-kakak tuh, semua duk sibuk nak repeat Pekan Rabu. Hahahahaha. Semalam dah pergi, erh esoknya nak pergi lagi. Nasib baik Padang Besar tuh jauh, kalau tak mahu direpeatnya Padang Besar. Dah namanya perempuan kan? Asyik nak membeli jer. Aku pun perempuan tapi tak membeli pon sebab aku tak ada ruang dah nak bawak barang belian. So, kite teman jelah kakak-kakak ini membeli yer. Almaklumlah, masih bujang.

Ruang solat yang cukup besar untuk memuatkan 2 jemaah dalam satu-satu masa

Kerusi disediakan sebab keadaan train bergegar menyukarkan untuk solat berdiri

Kompas untuk menunjukkan arah kiblat juga disediakan

Tempat ambil wuduk

Pengalaman aku solat dalam KTM ETS nim ok jer..Tekanan air untuk ambik wuduk ok tapi ko kena tekan la pili air tuh sebab pili air tuh bukan yang macam rumah korang yang airnya mencurah-curah. Pili airnya macam yang dalam toilet tuh, untuk mengelakkan pembaziran air lagipun kereta api kan bergerak, tangki simpanan kumbahan kecik jer. Dulu tak silap aku dalam train disediakan telekung dan sejadah tapi sejak COVID-19, perkhidmatan itu dihentikan sementara. So pastikan korang nak solat bawak telekung dan sejadah masing-masing. Oh ye, kompas kiblat ada disediakan, tapi aku jenis tak reti tengok kompas. Aku solat jer ikut suka hati aku yang penting niat dalam hati tuh. Semoga Allah menerima solatku. Aamiin. Lagi satu nak cerita, aku solat berdiri jer sebab boleh jer berdiri weh. Tak hilang pon kesimbangan badan. Tapi sesiapa yang tak mampu bolehlah solat sambil duduk. Jangan memberatkan solat yang ringan. 

Bercerita pulak pasal tandas. Tandas train bersih. Tekanan air pon ok. Sempit sikit la tapi muat jer untuk orang yang gemuk pun. Kondaktor kebersihan train pon selalu pungut sampah, selalu mop lantai, selalu bersihkan tandas. Terima kasih team pembersihan kerana memastikan penumpang berasa selesa di dalam tandas.  

Ini tandas OKU, besar dan bersih 


Okaylah dah habis cerita pasal kemudahan dalam train KTM ETS nim. So aku belanjalah korang gambar pemandangan luar masa perjalanan dan of course gambar aku lagi sekeping. Hahahaha.

Salah satu stesen yang berhenti. Parit Buntar, teringat kat teacher kesayangan Wan Hazian, semoga rohnya dirahmati Allah



Pemandangan sawah padi selepas melalui stesen Sungai Petani



Nampak tak, Menara Alor Setar?





Sekian sahaja cerita pengalaman saya. Alhamdulillah diberi peluang untuk merasai keseronokkan menaiki kereta api. Lupa nak bagitahu harga, tak silap saya RM79 sehala dari KL Sentral ke Arau, Perlis. Untuk maklumat lanjut boleh klik kat pautan ini, https://www.ktmb.com.my/

Terima kasih kerana membaca

Salam sayang




 

0 komen:

Post a Comment

 
Top