Setelah melalui beberapa hectic weeks barulah saya ada masa untuk buat coretan group Kepochi Vavavoomm ke Sabah. Ini punya plan setahun lamanya tau dan idea asalnya daripada saya. Air Asia selalu buat sale tetiba nampak dan sengaja post dalam group, sesiapa yang nak join sila bagi nama. At last, ada jugak 3 orang makhluk nim nak turut serta, Saya pun booked la untuk 4 orang dan last minute tambah pulak sorang lagi. So, total ahlinya yang pergi adalah seramai 5 orang. Saya pon tak nak panjangkan cerita, biarkan saya bercerita tentang trip kali ini.
Setelah setahun lamanya, pada 6 April 2017 bermulalah ekspedisi saya ke Sabah. Oleh kerana saya dipindahkan ke pejabat Melaka, the only cheap option is to take bus from Melaka Sentral to KLIA2. Malam tuh pula saya demam, dari pukul 6.30 petang hingga pukul 3.30 pagi saya tidur mujur bangun pagi saya rasa sedikit lega tapi tekak masih loya dan memerlukan saya untuk menelan 2 biji panadol. Memandangkan flight saya pukul 10.50 pagi dari KLIA2 ke KKIA, dengan gigihnya bangun pukul 3 bersiap dan tepat pukul 5.00 pagi bergerak ke Melaka Sentral dengan menaiki Gab Car.. Nasib baiklah ada orang terima, kalau tak, pagi-pagi seawal 4.45 nak kena naik teksi dicajnya RM30 berbanding RM10 (Grabcar).
Bas dari Melaka Sentral ke KKIA seawal jam 5.30 pagi dan sampai dalam pukul 7.30. Rupanya 2 jam jer masa yang diambil, yelah jalan raya pagi-pagi lenggang. Pukul 9.30 check-in bag dan check-in untuk departure. Berkumpulnya kami di KLIA2 dan sempatlah selfie sebelum boarding, excited sebab dah lama tak jumpa (mungkin dalam masa 3 tahun lamanya).
Dari kanan : Nik Anira, Ima Elena, Alwanie, Nur Syafiqa Syahida dan Nurhafizah
06/04/2017
Tepat 10.50 pagi berlepas la kapal terbang Air Asia menuju ke Kota Kinabalu. Sampai je Kota Kinabalu, perkara pertama yang kami buat ialah menelefon ejen kereta sewa. Harga yang kami dapat untuk Perodua Bezza ialah RM 90 per day.
Seusai solat, kami terus bertolak ke Kundasang. Perjalanan mengambil masa kira-kira 3 jam dengan bantuan waze. Jalan ke Kundasang memang menyeramkan kerana akan melalui jalan yang berbukit-bukau dan lampu jalan yang tidak banyak. Kereta yang kami sewa pulak lambat pickup untuk jalan yang berbukit-bukau maka kami bagilah kereta-kereta yang high speed memotong kami dan yang duduk cocoh punggung kereta kami. Kami masih lagi dalam pemanduan pada pukul 5 petang dan pandangan mula kabur dan berkabus. Kami sedia maklum yang pandangan untuk pemanduan akan berkabus mulai pukul 5 petang.
Jalan yang licin dan sempit
Kami meneruskan perjalanan ke hotel yang telah kami booked untuk satu malam tapi sebelum tuh sempat la singgah di pasar malam Kundasang.Pasar malam Kundasang lebih kepada pasar basah dan pasar bundle.
Jualan hasil laut
Jualan barangan bundle
Kami tidak dapat berjalan lebih jauh kerana kekangan cuaca sejuk dan hujan. Jadi kami decided untuk meneruskan perjalanan ke hotel. Sebelum itu, kami singgah di kedai yang menjual kepak ayam madu .Almaklumlah, Sabah memang terkenal dengan kepak ayam madu yang sedap. Kami tapau kepak ayam seorang dua kepak ayam untuk dimakan di hotel.
Jaang!! Menunggu kepak ayam siap dibakar.
Buntut ayam pon ada wey!!!
Kedai ini terletak di Kundasang on the way to Desa Fairy Farm. dan kedai ini berdekatan dengan tandas awam. Tidak sukar bagi kami mencarinya. Rasanya boleh tahan dan penjual pun tak kedekut sos kicapnya. Terlalu banyak!!
Badan kami letih dek kerana pemanduan yang bersimpang-siur dan jetlag. Perjalanan dari Kundasang ke Ranau mengambil masa lebih kurang setengah jam lagi. Nasib baiklah tak jauh, mata pun dah mengantuk nim.
Bermulanya hari kedua perjalanan kami. Bangun seawal pukul 5 pagi memandangkan waktu solat subuh di Sabah awal 1 jam berbanding semenanjung, so kenalah bangun awal sikit dari yang biasa. Saya adalah person-in-chareg untuk booking hotel dan saya memilih untuk mengambil family room dengan 2 katil queen saiz untuk kami spend time together and have a pillow talk. Tak de maknanya pillow talk sebab semalam saya tidur awal sebab demam dari kelmarin lagi. hampir satu jam juga kami bersiap kerana terpaksa menunggu giliran untuk mandi. Percutian kali ini sangat menyeksakan sebab kelmarin saya demam dan hari ini pulak cirit-birit bepunca daripada FOOD COURT MAHKOTA PARADE. Sampai sekarang saya tak berani ke kedai tersebut, FOBIA!!!
Logde 37 di Ranau dan tingkat bawah ada kedai makan so jangan bimbang pada siapa yang kelaparan malam-malam tapi kedai tersebut tidak menyediakan sarapan pagi
Panaskan enjin kereta dulu sementara menanti mereka memulangkan kunci bilik
Apa yang kita akan lakukan pada awal pagi? Breakfast la wey. Masa hari tuh ingatkan kedai makan kat tingkat bawah tuh buka rupanya buka petang ke malam sahaja. Kami tanya Hotel Reception tempat untuk kami makan pagi. Rupa-rupanya, bandar Ranau hanya 500 meter away dari hotel kami. Huhu. Kami berhenti makan di kedai makan ala-ala food court tapi saya pula lupa note nama tempatnya,
Yeay, dig in!!!
Harganya berpatutan dan mereka akan serve dengan sup but for me sup dia tak sedap dan nasi dia dari beras hancur as well as rasanya. Sangat berbeza dengan nasi goreng semenanjung. Oh how I miss Terengganu.
Next stop is Desa Dairy Farm. Perjalanan dari Pekan Ranau ke Desa Dairy Farm lebih kurang 45 minit dan jalan dari round about kundasang ke Desa Dairy Farm sangat curam, sepit, rosak dan macam-macam lagi. Perjalanan terasa jauh dan mengerikan disebabkan kereta Produa Bezza tidak berap cekap untuk jalan yang berbukit.
Selamat datang ke Desa Dairy Farm
caj masuk adalah RM5.00 per person
Hai lembu, glad to see you. Happy eating!!
Wey, kami dah jejak kaki kesini wey!!!!
Main enterance to Desa Cattle
Kaunter beratur nak beli susu dan yogurt
Kaunter untuk aiskrim
OMG, I have been thinking about you everyday
Dear susu dan yogurt, thank you for your lovely taste. I love both of you. You make my bones stronger and my good for my digestion.
Next Stop was KUNDASANG MEMORIAL. Terdapat 4 taman dan semuanya penuh dengan bunga-bungaan. harga enterance ialah RM2.00 per person.
Gardens
View from Kundansang Memorial
Next Stop was Poring Hotspring. Terletak di Ranau. So kami yang telah turun ke Kundasang, terpaksa drive naik ke Ranau. Kawan saya pernah baca di blog, waktu yang sesuai untuk ke Desa Dairy Farm adalah waktu pagi. Dari Kundasang ke Poring Hotspring mengambil masa dalam 1 jam lebih. Tiket masuk berharga RM3.00 per person. Di setiap kolam, mereka menyediakan dua paip air, satu air panas dan satu lagi air room temperature.
Selamat datang ke Kolam Air Panas Poring
Papan tanda menunjukkan aktiviti-aktiviti lain yang boleh kami lakukan tapi kami kena tambah bayaran masuk lain la
Pastikan anda membuka kedua-dua paip, kalau buka paip airp panas sahaja, nak jejak kaki pon tak boleh. Air panasnya bukan jenis air panas suam-suam tapi panas ketik-ketik orang Terengganu cakaplah.
Next stop was Sanctuary Kelah Ranau. Ikan kelah disini jinak-jinak dan besar-besar. caj masuk ke RM5.00 per person dan RM1.00 untuk makanan ikan kelah. Anda diberi waktu selama 15 minit untuk berada di air terpulanglah sama ada anda berendam bersama ikan kelah, memeri makan atau spa kaki.
Berniat untuk pegang ikan tapi gelilah. Rasanya saya prefer ikan kelah di tasik kenyir lagi, besar dan boleh stay sampai bosan.
Ikan kelah yang jinak
Stop kedua terakhir ialah Sabah Tea. Kami gigih bawak kereta ke ladang teh sebab ingatkan ada cafe macam Cameron Higland. Tapi yang ada hanyalah restoran besar dan kos makannya mesti tinggikan. Oleh kerana percutian kami adalah percutian bajet, kami decided untukmakan di kedai makan biasa. Di Sabah Tea juga, anda boleh membeli tea kerana mereka turut menyediakan kedai untuk menjual Sabah Tea.
Last stop was Kinabalu Park. Caj masuk adalah RM3.00 untuk Malaysian dewasa. Dari entrance anda boleh berjalan kaki untuk sampai ke kaki bukit tapi 3km away bagi kami yang mengejar masa, tiada masa untuk semua itu. Kami drive dari entrance ke kaki bukit dalam masa 10 minit juga kerana jalan yang berbukit dan sempit.
Nampak tak puncak gunung?
Jap erk, memodel jap
Selamat mendaki bagi sesiapa yang berminat
Saya hanya mampu bergambar jelah
Done untuk hari kedua. Next stop ialah katil kami di Hotel DM yang terletak di Kota Kinabalu. Kami sampai ke bandar kira-kira pukul 8.30 malam tapi sebelum tuh kami terpaksa mencari baju t-shirt sama untuk dipakai esok hari. So last but not least stop was Pasar Philippine. Setelah siap membeli baju t-shirt kami check-in hotel and it is time to go bed.
bersambung........
0 komen:
Post a Comment