Monday, April 5, 2021

Serum Review - NACIFIC Fresh Herb Serum

ASSALAMUALAIKUM semua 


Lagi beberapa hari untuk ke Ramadahan 2021. Semua dah ganti puasa ke? Kita pelik pulak tahun ini, rajin bebenor menulis buat review produk..hahahaha..


Almaklumlah, Shopee apps kat tepon tinggal tekan-tekan, cari, add to cart lagi-lagi sekarang banyak nau shopping events and lowered shipping cost..berpinar mata tengok produk kecantikkan..hahahaha


Kalau dulu pilihan yang ada hanya di drugstore dan pilihan pon itu jelah. Sekarang tengok dekat shopee macam-macam produk korea dan harga pon mampu milik..bersusun dalam cart...hahaha


Ok sekarang nim kita cuba review serum NACIFIC FRESH HERB. NACIFIC ada keluarkan 2 serum dalam 1 pakej. 


Yang PYHTO untuk siang dan yang FRESH HERB untuk malam tapi saya bedal je pakai siang sebab saya beli hanya fresh herb.



                                         

 Packing fresh herb serum dalam botol plastik yang jernih dengan warna cecair kuning macam jus oren dan hadir dengan packing 50 ml. 


Masa-masa beli serum nim ada dua lapis iaitu air dan minyak. 

Bila nak pakai kena goncang-goncang dulu untuk sebatikan dua cecair ni baru la picit untuk sapu kat muka


Kalau nak tengok macam mana gambar serum tuh blh klik kat sinim fresh-herb-origin-serum-50ml



Bahan Utama


Limnanthes Alba (Meadowfoam) Seed Oil - untuk skin barrier yang bantu mengunci kelembapan kulit supaya kulit tidak nampak kering


Citrus Lemon peel oil & Citrus Lime oil - antioxidants dan beri haruman citrus


Aloe Leaf Water -  anti inflammatory dan melembabkan wajah


Basil flower/leaf extract - membersihkan kekotoran, unclog pores and mencerahkan kulit



Review

  • Agak murah la tapi sekejap je pakai sebab serum cair
  • Bau citrus yang menyenangkan
  • Wajah akan kelihatan lebih lembab dan shinny
  • Wajah tidak kelihatan berminyak
  • Tidak breakout

Cons

  • Tidak membantu mencerahkan kulit

Repurchase? MAYBE


Rating ⭐⭐⭐



2 komen:

  1. Good review..

    Banyak sangat produk Korea nie. Skrg kita pakai TO

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita pernah pakai TO...sekarang tengah pakai yuja niacin..tunggu untuk di review

      Delete

 
Top