Friday, March 5, 2021

RYO Shampoo Hair Loss Care Review

 Salam 21 Rejab1442 Hijrah


Selamat Tahun Baharu 2021 walaupun sekarang dah bulan Mac 2021. Meningkat lagi usiaku dan semakin sedikit masaku diatas dunia ini. Covid-19 pun masih belum berakhir dan kita selalu diingatkan untuk duduk di rumah, kurangkan aktiviti di luar sekiranya tiada urusan penting. Selama ini kita memandang remeh kebebasan namun kerana pandemik, kita begitu menghargai erti kebebasan bergerak. masalah pandemik ini tidak terhenti disitu sahaja, saban hari kita dapat berita someone losing their jobs tak terkecuali jugak kepada ahli keluarga saya dan sahabat saya. Semoga Allah mengurniakan rezeki yang lebih baik untuk kamu-kamu semua. Aamiin.

Saja nak ingtkan semuanya supaya kekalkan jarak 1 meter dan kurangkan interaksi luar sekiranya tidak penting. Kita mampu lakukan dan kita mampu menang dalam perang menentang virus Covid-19.

Kali ini di tahun baharu ini saya ingin tambahkan perkongsian produk penjagaan rambut. Saya mempunyai masalah kulit kepala berkelemumur dan rambut gugur. Sudah banyak shampoo saya beli dan dah banyak jenama dah saya pakai. Name it; Dove? Pentene? Follow Me? Sunsilk? OGX? Head and Shoulders? Selsun? Semuanya tak menjadi.

Okay lah, jomlah kita berkenalan dengan produk ini. Seperti semua sedia maklum, produk ini dari Korea dan anda boleh dapatkan di Watson atau Shoppe. Duta produk ini tak lain tak bukan Park Shin Hye dan juga Park Seo Joon.

RYO SHAMPOO
(Hair Loss Care)

front view

back view

Main ingredients adalah water so produk ini sesuai untuk semua dan shampoo ini mempunyai ekstrak ginseng yang mengikut budaya korea dapat membantu mengurangkan rambut gugur dan memberi nutrisi kepada rambut.

Tekstur : Runny gel
Bau : Herba (mungkin dari bau ginseng)
Buih : Yes it is foamy

Review

Shampoo ni berbuih dan dan membersihkan kulit kepala. Herbally smell mungkin buat anda kurang gemar tetapi lama-lama mungkin boleh terima. I find it quite pleasant smell and it does not weigh it down or make your hair flat. Untuk fungsi hair loss, I found it does not combat the hairloss because I still searching for better shampoo. Last but not least, it does not make your scalp itchy.

RYO SHAMPOO
(Hair Loss Care)

front view


back view
Main ingredients adalah water so produk ini sesuai untuk semua dan hair treatment ini juga mempunyai ekstrak ginseng yang membantu memberi penyerapan ginseng kepada rambut.


Tekstur : like moisturizer
Bau : Herba (mungkin dari bau ginseng)

Review

Hair treatment nim sebenarnya lebih kepada perapi rambut. Lepas shampoo, saya akan seratakan treatment ini kat rambut dari kulit kepala hingga ke hujung rambut. Penting untuk urutkan rambut semasa ratakan treatment ini. Saya akan biarkan untuk diserapkan ke kulit kepala selama 3-5 minit dan lepas tuh rinse it. Hair treatment buatkan rambut mudah untuk disisir dan memberi kelembutan kepada rambut. Baunya sama seperti shampoo; herbally scent.

Overall Review

 Produk ini saya dah pakai dari tahun lepas selepas tengok orang review elok. Alhamdulillah ok namun tidak seperti saya harapkan. I find it has quite pleasant smell and it does not weigh it down or make my hair flat.Untuk rambut gugur pula, ianya tidaklah membantu untuk mengurangkan atau melebatkan rambut. As I mentioned earlier, saya masih lagi mencari shampoo yang dapat membantu saya mengurangkan rambut gugur dan melebatkan rambut. 

Repurchase : NO


0 komen:

Post a Comment

 
Top