Kenangan yang ditulis dan dipaparkan diblog ini adalah untuk paparan umum dan bukan untuk menunjuk tetapi sekadar mahu berkongsi. Ini adalah program terakhir saya sebelum berpindah dari Terengganu. Terlalu banyak produk kecantikan yang ingin saya kongsikan namun kekangan waktu memaksa saya untuk melupakan blog ini untuk seketika.
Penghujung tahun 2016 ini, ingin saya kongsikan pengalaman saya semasa mengikuti program Terenganu Eco-exploration @ Cemerung Outdoor Adventure usahasama Motac dan Tourism Malaysia Terengganu. Sebenarnya terdapat satu lagi program sebelum program ini berlangsung iaitu Visit My Kampung, Homestay Teluk Ketapang dan Homestay Pasir Raja. Program Visit my Kampung menengahkan kehidupan di kampung dan produk-produk yang disediakan oleh kampung tersebut. Disini, peserta-peserta perlu bermalam bersama ibubapa angkat dan hidup bersama keluarga mereka.
Program Visit My Kampung dan Terengganu Eco-exploration bermula pada 24/11/2016 dan berakhir pada 27/11/2016. Program bermula di Homestay Teluk Ketapang dimana peserta-peserta perlu turut sama meninjau produk-produk yang terdapat di Homestay Teluk Ketapang, Seberang Takir seperti pembuatan Keropok Lekor dan perserta diajak menaiki Bot Nambang. Seperti umum ketahui, negeri Terengganu terkenal dengan kelazatan keropok lekor dan Seberang Takir merupakan salah satu pengeluar keropok lekor manakala Bot Nambang merupakan pengangkutan utama pada masa dahulu dan penggunaannya masih kekal hinggga ke hari ini. Kebanyakkan pengguna Bot Nambang adalah pekerja yang bekerja di Pasar Besar Kedai Payang dan ada juga pengguna yang menggunakan Bot Nambang untuk mengelakkan kesesakan trafik di Jambatan Sultan Mahmud. Sesi petang pula, perserta disajikan dengan masakan tradisional Terengganu seperti Keropok Lekor, Kuih Tepung Bunga dan Lempeng Nyior.
Esoknya, 25/11/2016 peserta-peserta berbasikal dari Homestay Teluk Ketapang ke Pantai Teluk Ketapang untuk sesi menanam pokok. Usai berbasikal, peserta-peserta ke Pasar Pagi Teluk Ketapang bagi melihat dan merasai kuih-muih, masakan dan produk-produk pertanian yang terdapat di Terengganu.
Sesi petang pula, peserta-peserta menaiki bas ke lokasi seterusnya iaitu ke Homestay Pasir Raja. Perjalanan mengambil masa selama 2 jam kerana menggunakan laluan LPT2 yang jaraknya sedikit jauh berbanding jalan pantai. Sebaik sahaja sampai, peserta-peserta dibahagikan mengikut rumah ibubapa angkat.
Sesi malam pula, peserta-peserta disajikan dengan Mandi Sabat yang dahulunya diadakan sebelum kahwin untuk mengetahui sama ada jodoh bakal pengantin akan berpanjangan atau tidak.
Upacara Mandi Sabat
26/11/2016 merupakan hari terakhir program Visit My Kampung dan peserta-peserta akan mengambil gambar bersama keluarga angkat untuk disimpan sebagai kenangan. Kemuncak program bermula pada hari ini apabila peserta-peserta bersiap sedia untuk mengikuti hard-core program.
Meet my mak angkat di Homestay Pasir Raja, Dungun
After a deep sleep, kami bersalam dengan keluarga angkat kami dan kami perlu meneruskan program seterusnya iaitu program ATV bertempat di Chemerong Outdoor Advanture.
But first, let me take a selfie
Penyambut Tetamu
Selamat datang ke Cemerung Outdoor Adventure
InshaAllah akan balik berlumpur
Peserta-perserta check in di Cemerung Outdoor Adventure dan peserta-peserta diberi latihan sebelum memasuki trak. Para peserta perlu melakukan aktiviti memanaskan badan sebelum menjalani latihan.
Aktiviti memanaskan badan
credit to Cemerung Outdoor Adventure FB
Cannot wait to ride you my dear
Cubaan kedua selepas di Sunway Lagoon
Sebelum memasuki track sebenar, kami perlu untuk belajar membawa ATV di litar percubaan yang berdekatan dengan kem
Muka bahagia
Badan berlumpur tapi gembira
Keep smiling
A group of participants
Checkpoint untuk isi perut sebelum second route
Mandi-manda
Lepas mandi kita makan dulu
Family of Tourism Malaysia Terengganu
Setelah mengisi perut dan membersihkan diri, kami meneruskan perjalanan pulang ke kem. Perjalanan pulang mengambil masa lebih kurang dalam 40 minit dan kami tetap pulang dengan pakaian yang kotor. Second route juga mencabar kerana kami perlu meneruni bukit yang agak curam. Maaf kerana saya tidak dapat menunjukkan kecuraman tersebut kerana gambar diambil oleh dipihak kem
Setelah sampai ke kem, bermula sesi berebut bilik air untuk menyucikan diri untuk sesi seterusnya iaitu BBQ dan sesi penyampaian sijil.
27/11/2017 merupakan hari terakhir program. Kami diberi keistimewaan bermain go-cart dan kayak tanpa caj.
Test, Test, Test 1, 2, 3 Go
Hai, takut la bawak.. say No to 2nd round
Erh, kata tak nak tapi ini round ke berapa ye?
Penamat cerita
Tamatlah sudah keceriaan dan keseronokkan kami di Chemerong Outdoor Adventure ini. Semoga kenangan manis akan kekal dalam ingatan selama-lamanya. Program ini merupakan program terakhir yang akan saya join sebelum saya berpindah ke Melaka. Terima kasih atas Tourism Malaysia Terengganu kerana menjemput saya untuk program kali ini. Kepada sesiapa yang ingin tahu mengenai pakej yang ditawarkan disini, sila pastikan anda scroll sampai ke bawah ye. Bye!!
Tourism Malaysia Terengganu FB : Tourism Malaysia Terengganu
Tourism Malaysia Terengganu IG : Tourism Malaysia Terengganu
Cemerung Outdoor Adventure FB : Cemerung Outdoor Adventure
Million tq Alwanie .. 😁😁😁👍👍👍
ReplyDelete