Malam itu ada somebody wassap saya ajak teman dia ambil gambar. Alahai malasnya nak keluar malam lagikan pula bersiap tetapi memandangkan si dia nim kawan baik saya lalu saya gagahkan kaki untuk melangkah keluar. Bersiap ala-kadar tapi yelahkan orang tak lawa bersiap bagai nak rak pon tetap tak lawa..hiks..hiks..
Katanya nak buat kembara malam di Terengganu dan dia ditugaskan untuk ambik night view di kampung saya iaitu Pulau Duyong. Pulau Duyong nim bukan macam Pulau Perhentian atau Pulau Redang sebab Pulau Duyong hanya dikelilingi oleh Sungai Terengganu dan berhadapan dengan Laut China Selatan.
Main attraction di Pulau Duyong is Boat Making. Sekiranya anda datang ke Terengganu jangan lupa singgah di kampung saya ye. Boat Making di Pulau Duyong nim diperbuat daripada Kayu Cengal dan ditempah oleh bukan warganegara Malaysia. Ini view malam di jeti boat
Disini juga menyediakan penginapan bajet dan penginapan selesa. di Pulau Duyong banyak homestay dan terdapat juga resort yang bertaraf 4 bintang iaitu Duyong Marina & Resort.
Panjang lebar punya cerita padahal saya mahu tunjukkan night view di Pulau Duyong dan Dari Pulau Duyong. Sila scroll ke bawah.
Jambatan kebangsaan negeri Terengganu, Jambatan Sultan Mahmud yang menghubungkan Pulau Duyong ke bandar Kuala Terengganu dan anda juga dapat melihat Bukit Besar yang memaparkan 'ALLAH PELIHARAKAN TERENGGANU'
Ini night view dari Pulau Duyong dan sekiranya berkesempatan silalah singgah di TTI (Taman Tamadun Islam) kerana anda dapat menyaksikan keagungan seni bina Islam diseluruh dunia hanya disini. TTI memaparkan replika-replika seni bina islam dalam nisbah yang tertentu dan yang pasti akan ada tour guide yang akan menerangkan semua ini. Enjoy!!
Lawa hs photog ambek gambo. X pe wa. Awak lawa dah . Xsoh mekap dokpe
ReplyDeletehahaha..awak hina saya?
ReplyDelete