Baru-baru ini berkesempatan singgah di Estadio Coffee Bistro, Kuala Terengganu bersama dua teman setia saya. Kapal terbang MAS berlabuh jer, saya terus mendapatkan bagasi saya dan keluar mendapatkan mereka. Niat dihati ingin terus pulang ke rumah almaklumlah sudah 11 hari keluar 'outstation' nun jauh di Johor. Namun begitu, kaki ini gagahkan jua untuk merasa makanan percuma. Never say No to Free Foods. Hahahaha.
Bagi sesiapa yang masih memikirkan kosnya, meh saya nak beritahu. Terdapat 4 jenis pakej yang berbeza harganya mengikut kepala. Disebabkan kami datang bertiga, sudah tentu kami mengambil pakej yang paling murah yang berharga RM55.00. Pakej ini adalah untuk 2 kepala so, kami tambah nasi untuk seorang makan. Jangan bimbang kerana lauk yang mereka kasi agak besar portionnya. Trust me, kami makan pun tak habis. Saya cuba untuk menghabiskan lauk namun perut saya tak sebesar yang disangka, se'eh perut dibuatnya.
4 jenis lauk yang disediakan
-Ketam masak blackpaper
-Udang masak serai
-Lala/kupang masak buttermilk
-Sotong masak merah
Seafood segar? Jangan bimbang kerana anda akan menikmati hidangan laut yang segar kerana pemilik cafe akan terus mengambil stok dari peraih ikan di pasar basah Pulau Kambing.
Let me show you some pictures
Sedap mata memandang, sedap lagi mulut yang meratahnya
Best Saller
Estadio Coffee
Another Best Seller
Estadio Ice-Cream Larva
My favourite
Estadio Float Larva
urggghhhh menggiurkan
Thanks buddies, next time kita review sama-sama neh
Ferra and Apijol
Buddies selamanya, Buddies tak akan terpisah
Wow...licin
Nikmat makan
And of course me in this picture
Okalah, enough bebelan, enough pictures.
Jemputlah singgah dan menikmati makanan disini. Trust me, awak tidak akan menyesal
Bai bai for now
Details mengenai Restoran Estadio Coffee Bistro
Waktu Beroperasi : Ahad – Sabtu (5.30 petang-11.30 malam). Isnin tutup.
Lokasi : Belakang Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, KT (Belakang Yayasan Terengganu)
Lokasi : Belakang Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, KT (Belakang Yayasan Terengganu)
Facebook : Estadio_Coffee_Bistro
Instagram : Estadio_Coffee_Bistro
0 komen:
Post a Comment