Friday, June 29, 2018

Shampoo Untuk Kelemumur

Assalamualaikum dan Salam 15 Syawal 1439 Hijrah

Setahun lamanya saya mengambil masa untuk buat post baharu. Bukan sebab apa, sebab malas jer. Tapi Alhamdulillah readers meningkat dan ini merupakan satu pencapaian yang baik. Gittew.

Hari ini saya nak review shampoo untuk kelemumur. Saya rasa semua orang especially wanita bertudung mengalami masalah kelemumur tak kira la rambut tebal ke rambut nipis ke rambut lurus ke rambut kerinting ke, hampir semualah. Saya ni dah la rambut nipis, masalah kelemumur lagi, rambut gugur lagi nanti tak pasal-pasal botak kepala saya. Saya pon dah tak terdaya nak cari shampoo yang baik untuk kelemumur dan rambut gugur. Saya juga seperti anda, mencari di blog-blog yang membuat review shampoo untuk kelemumur tapi apakan daya, saya punya masalah masih belum selesai. Sangat kecewa melihat begitu banyak rambut yang mengalir sealiran dengan air takkala mandi dengan kelemumur lagi yang tak pernah lenyap dari kepala. Hampir semua shampoo yang ada dipasaran saya telah cuba termasuklah shampoo dari BODY SHOP namun ternyata masih lagi mengecewakan saya.

Ini kali saya nak review dua shampoo iaitu Head & Shoulders dan juga Follow Me untuk kelemumur.

Shampoonya a bit runny
tapi baunya menyegarkan



Review

Saya pernah beli shampoo ini sebelum nim tapi masih lagi gatal tangan beli lagi walaupun hasilnya tidak memuaskan. Harga shampoo nim agak mahal mungkin sebab terkenal untuk rambut berkelemumur tapi bagi pengguna yang bijak, belilah masa promo ye..hahaha..walaupun shampoo nim tidak berkuasa menghilangkan kelemumur namun saya masih berjaya menghabiskannya. Baunya menyenangkan tapi membuatkan rambut kasar sedikit. 



shampoonya macam gel tapi banyak buih
baunya agak menyakitkan

Review

Saya tak pernah beli shampoo ini sebelum nim tapi pernah terbaca seorang post dalam blognya shampoo ini sangat membantu dan berhasil untuk hilangkan kelumumur. Saya pon apa lagi, pergilah cari kat MYDIN tapi tengok harga mahal jugak dalam RM13++(sebenarnya takder la mahal sangat pon)..kuss semangat..tapi bila tengok dia punya panjang dan kandungannya 960ml memang berbaloilah dengan harganya.

Dengan harapan menggunung, saya pon cubalah pakai namun hasilnya juga tidak memuaskan. Saya tak mampu habiskan shampoo nim disebabkan kandunganya yang banyak dan baunya yang agak tidak menyenangkan serta membuat rambut kasar sedikit. 

Barang yang tak habis guna, kita pack dalam bag buat balik kampunglah kasi orang sana guna. Sekarang nim adik saya yang guna, katanya shampoo nim tidak membuatkannya pening kepala macam shampoo lain. Entahlah, lain orang lain kesannya kot. Bagi saya, tidak.

Setakat itu sahajalah buat hari ini, ada masa saya try review produk lain pulak ye
bai~bai~

0 komen:

Post a Comment

 
Top