Monday, July 24, 2017

Simple Skincare My Skincare

Salam Syawal 1438

Semua dah habiskan puasa 6? Saya dah raya 6!! Alhamdulillah tahun nim sempat ambil puasa sunat 6 Syawal. Rasanya masih sempat untuk saya ucapkan selamat hari raya buat readers semua, semoga entries yang ditulis oleh saya mampu memberi anda sedikit sebanyak ilmu yang berguna. InshaAllah.

Kali ini saya ingin kongsikan produk penjagaan muka yang saya pakai sejak 2 tahun lepas dan Alhamdulillah produk ini sesuai dengan kulit wajah saya. Saya mempunyai keinginan untuk mencuba pelbagai produk dipasaran yang saya rasa akan memberikan saya wajah yang lebih sempurna, namun apakan daya kulit wajah saya yang terlalu sensetif menghalang niat saya. Pada mulanya saya sendiri tidak tahu kewujudan produk ini dipasaran, oleh sebab saya rajin google produk-produk yang baik untuk kulit sensetif barulah saya jumpa produk ini. Pada mulanya, saya hanya menggunakan pencuci wajah dan penyegar. Selepas saya rasa selesa memakai produk ini barulah saya tambah pelembab muka dan terbaharu moisturizer cream yang mengandungi SPF. Bagi saya, harga bagi produk ini adalah berpatutan dan senang didapati dimana-mana drug store seluruh Malaysia. Sekarang biar saya kenalkan anda dengan produk yang saya sebut-sebutkan

Jjaangg!!




Complete set Simple



Set Simple Skincare yang saya pakai terdiri daripada
1. Pencuci Muka
2. Penyegar
3. Light Moisturiser
4. Protecting Moisture Cream (SPF 30)

Refreshing Wash Gel

Pencuci muka pakai dipagi hari dan selepas pulang dari kerja. Saya juga menggunakan berus pencuci wajah Mary Kay yang boleh didapati dengan harga RM199 untuk membersihkan wajah secara dalam. Apabila kita mencuci wajah, kita sudah merasakan wajah kita bersih tetapi dengan menggunakan berus pembersih wajah, kekotoran dari bedak jelas kelihatan. Anda juga boleh membeli berus pencuci wajah di kedai Mr. DiY dengan harga RM10.90.

Pencuci muka Simple ini tidak membuatkan wajah saya breakout dan sejajar dengan ayat sensitive skin experts

Facial Toner

My second step is facial toner. Saya pernah baca tentang penyegar wajah ini dan ternyata penyegar ini menjadi pilihan pengguna serta CLEO Beauty Hall of Fame 2016. Facial toner in penting selepas mencuci wajah kerana masih ada sisa kotoran yang tertinggal dan penting untuk mengecilkan pori-pori muka (tak pernah nampak keberkesanan toner dalam mengecilkan pori).

Light Moisturiser
Pelembab ini sangat berkesan untuk kulit wajah yang kering. Kawan saya pernah mencuba pelembab wajah ini and of course sebab saya suruh dia cuba, tak lama kemudian dia pun beli kerana dia cakap pelembab ini sangat cepat menyerap serta melembabkan kulit wajahnya. Kalau anda nak beli, pastikan beli Light Moisturiser dan bukannya
Purifying Cleasing Lotion. Jangan tersilap beli pulak!!!

Protecting Moisture Cream

Yang ini saya baru je tambah sebab kulit wajah kita kan selalu terdedah kepada cahaya matahari. Ada sesetengah orang cadangkan untuk pakai sunscreen tapi pada saya mahal sangat dan saya khuatir sunscreen akan membuatkan wajah saya breakout. Cream ini mengandungi SPF30 dan bagi saya cukup untuk bagi protection kepada kulit saya.


Scrub
 Yang in menjadi favourite kebanyakkan beauty blogger diluar sana. Saya pun pernah membaca blog-blog yang membuat review tentang produk ini dan hasilnya positif. Oleh yang demikian, saya pun turut serta membeli dan membuat review. Scrub ini tidak membuatkan muka saya breakout dan hasil selepas penggunaan, kulit wajah makin lembut. Scrub tidak digalakkan untuk setiap hari penggunaan tetapi 2-3 kali seminggu sahaja.

Sekian sahaja blog kali ini...Adios!!!


3 comments:

  1. Yg St. ives tu saya pakai jugak.. tp yg tea tree..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi rasanya semua rangkaian ST Ives adalah baik untuk wajah

      Delete
  2. As slm..Kulit muka awk jenis apa? Berminyak atau kering? Sy tgh survey produk yg baru sbb muka breakout..hrp dpt membantu...

    ReplyDelete