Monday, May 16, 2016

Estadio Coffee and Bistro, cafe ala-ala Shell Out

Assalamualaikum

Baru-baru ini berkesempatan singgah di Estadio Coffee Bistro, Kuala Terengganu bersama dua teman setia saya. Kapal terbang MAS berlabuh jer, saya terus mendapatkan bagasi saya dan keluar mendapatkan mereka. Niat dihati ingin terus pulang ke rumah almaklumlah sudah 11 hari keluar 'outstation' nun jauh di Johor. Namun begitu, kaki ini gagahkan jua untuk merasa makanan percuma. Never say No to Free Foods. Hahahaha.





Pernah dengar Shell Out? Sudah tentu ya. Bagi peminat Shell Out, sudah tentu mereka sanggup membayar jumlah yang besar untuk mendapatkan makanan laut yang segar dan sedap. bagi rakyat marheran macam saya ini, sudah tentu tidak. namun itu bukan pengakhirnya kerana saya mampu merasa makanan laut yang segar tanpa perlu membayar dengan wang yang banyak. Jadi, mana-mana yang berkelapangan bolehlah ke  Estadio Coffee Bistro, Kuala Terengganu untuk merasa makanan yang ala-ala Shell Out.

Bagi sesiapa yang masih memikirkan kosnya, meh saya nak beritahu. Terdapat 4 jenis pakej yang berbeza harganya mengikut kepala. Disebabkan kami datang bertiga, sudah tentu kami mengambil pakej yang paling murah yang berharga RM55.00. Pakej ini adalah untuk 2 kepala so, kami tambah nasi untuk seorang makan. Jangan bimbang kerana lauk yang mereka kasi agak besar portionnya. Trust me, kami makan pun tak habis. Saya cuba untuk menghabiskan lauk namun perut saya tak sebesar yang disangka, se'eh perut dibuatnya.

4 jenis lauk yang disediakan
-Ketam masak blackpaper
-Udang masak serai
-Lala/kupang masak buttermilk
-Sotong masak merah

Seafood segar? Jangan bimbang kerana anda akan menikmati hidangan laut yang segar kerana pemilik cafe akan terus mengambil stok dari peraih ikan di pasar basah Pulau Kambing.

Let me show you some pictures

Sedap mata memandang, sedap lagi mulut yang meratahnya


Best Saller
Estadio Coffee


Another Best Seller
Estadio Ice-Cream Larva


My favourite
Estadio Float Larva
urggghhhh menggiurkan

Thanks buddies, next time kita review sama-sama neh

                 
                                                                  Ferra and Apijol
                                                Buddies selamanya, Buddies tak akan terpisah


Wow...licin

Nikmat makan

And of course me in this picture 

Okalah, enough bebelan, enough pictures.

Jemputlah singgah dan menikmati makanan disini. Trust me, awak tidak akan menyesal

Bai bai for now


Details mengenai Restoran Estadio Coffee Bistro


Waktu Beroperasi : Ahad – Sabtu (5.30 petang-11.30 malam). Isnin tutup. 
Lokasi : Belakang Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, KT (Belakang Yayasan Terengganu)

Instagram : Estadio_Coffee_Bistro





No comments:

Post a Comment